11 July 2009

5 Billion Untuk mengUpgradekan Bahasa Inggeris

Kalo boleh saya tak nak bercerita topik berkaitan dengan politik kat blog nie, tapi masa tengok berita hari tuh saya terkejut kerajaan nk memperuntukan 5 Billion utk mengUpgradekan Bahasa Inggeris, 5 Billion babe!!

Persoalan nyer sekarang kenapa kita mesti mengagung2 kan bahasa orang luar, kenapa? Kalo tk menguasai Bahasa Inggeris negara nie takan maju ker? Negara Jepun tuh tak upgrade pun Bahasa Inggeris diaorg, maju giler aku tengok. Nampak sangat negara kita masih dijajah kan!!

Saya rase lebih baik dengan 5 Billion tuh, kerajaan upgrade kan sekolah2 kat luar bandar tuh, tolong budak2 miskin yang terpaksa jalan kaki berpuluh2 kilometer ker sekolah. yer!! Negara kita nie banyak lagi orang miskin yer!! kerajaan dh luper ke??

Diaorang dh luper kot, sebab asyik nk upgrade kan Bahasa Inggeris.
Bahasa Inggeris lebih penting agak nya dari nk tolong anak2 kecil yang terpaksa berhempas pulas memperbaiki kehidupan dengan keadaan sekolah yg serba daif. Wahai para menteri tidak pernah kah kamu menjenguk kehidupan rakyat yang memangkah kamu? Atau kamu sudah lupa masih ade orang yg susah diluar sana?

Yer, mungkin mereka sudah lupa kerana asyik nk mengUpgradekan
Bahasa Inggeris!!! Kalo lah dengan 5 Billion tuh dapat menolong anak-anak kecil yang duduk diperdalaman Sabah & Sarawak, tentu mereka amat gembirakan. Tak perlu jalan kaki ke sekolah lagi, Tak perlu mengangkut air dari sungai utk mandi, Tak perlu berlajar mengunakan lampu minyak tanah lagi Dan takder lah anak kecil yang sanggup membunuh diri kerana kedaifan hidup!!

3 comments:

azlia erwina said...

marahnya dia... hiks! dat's y me never vote for the government! anyways, kalau bab bahasa inggeris ni, sure pak samad naik hangin mendengar... agreed, mmg sedih dgn tindakan-tindakan people who has the power of making changes, but failing to do so! but wut can we do? scream n shout jelah! thats just how we are rite now! phatetic. alah, kalau nak seribu daya kan, kalau tak nak mmg byk alasan boleh bagi.. Learning english sama je macam learning sastera melayu or any other beautiful languages available out there in the universe. if oneself is interested in having knowledge and menguasai sesuatu bahasa itu, definitely they will succeed! tak perlu anjakan paradigma/spending lots of money forcing others to master any one skill!

ahahha, saje aku singgah! aite, back to work!

orked said...

yup, betul tuh babe!! kalo nk seribu daya kan..bukan nya susah sgt bhs inggeris tuh sampai nk belanja sampai berbillion2 duit..abiskan duit rakyat jer..entah2 belanja sikit jer...lebih nya masuk poket diaorg..cet

5577 said...

tul!! setuju sgt..
tak phm ngan tindakan n cara berfikir diorg ni.. tak perlu pun nak terror sgt english ni, kat ofis pun tau basic sudah..

pelik pelik..
dr sibukkan nak upgrade kan english.. baik pikir mcmmana nak mantapkan lg sistem pembelajaran, tmbh lg cikgu, upgradekan skolah2 ngan kemudahan2 terutama skali kat luar bandar tu..

semua kepentingan sendiri je..
ntah betul ntah tidak duit tu digunakan utk upgrade english pun, skali masuk poket org2 yg berkenaan je.. much ado about nothing..

hmmphss..