27 March 2006


RumahPenerbitan Suarasuara sedang menerbitkan buku-buku yang ditulis pada umumnya oleh suarasuara generasi baru dalam pelbagai genre.

Pada peringkat awal ini lima (5) buah tajuk akan dilancarkan sempena Kuala Lumpur International Book Fair pada hujung bulan ini. Buku-buku tersebut termasuklah antologi penulisan berjudul 'KataHati', koleksi puisi Utopia Trauma oleh Rahmat Harun, sebuah antologi cerpen dwi-bahasa oleh penulis mapan Zakaria Ali bertajuk White Elephant / Gajah Putih, Fosil oleh Amirul Fakir dan Kata Kata Hati oleh raja ahmad aminullah.

Antologi KataHati memuatkan karya-karya fiksyen, puisi, lakaran, foto, essei dan travel writing yang ditulis oleh penulis-penulis muda dan generasi baru, termasuk fazli ibrahim, tan sei hon, rozan azen, zulkifli ramli, chuah chong yong, izwan suhadak, haris zalkapli, n a halim, raja ahmad aminullah, wira budiman azizan, nor azlina masnan , masnor ramli, nurhanim khairuddin, dan zaslan zeeha zainee.

Antologi puisi Utopia Trauma merupakan penulisan Rahmat Harun, seorang anak muda yang giat menulis dan membuat lakaran dan sketsa. Puisinya menyegarkan; "cara pengucapannya kelihatan.keluar daripada kepompong pengucapan kreatif yang kini seolah-olah telah dilembagakan". Beliau juga seorang aktivis teater.

Fosil karya Amirul Fakir, seorang penyair generasi baru yang dikenali di kalangan khalayaknya dengan gaya bahasa, serta cara pembacaannya yang tersendiri.

Gajah Putih/The White Elephant memilih empat buah cerita pendek yang diterbitkan dalam Bahasa Melayu dan Inggeris. Penulisnya Prof Dr Zakaria Ali,sebagai seorang novelis, pelukis, penyair dan sejarawan seni.

Kata Kata Hati merupakan kumpulan puisi kedua yang dihasilkan oleh raja ahmad aminullah, seorang penulis dan peneliti dan pelajar budaya dan sejarah.

Penerbitan buku-buku ini adalah untuk menghadirkan suara-suara generasi baru dalam rangka usaha bersama untuk memeriahkan dunia senibudaya dan wacana masyarakat kita.

Pada masa akan datang, Suara-suara akan menerbitkan lagi karya-karya anak-anak muda di samping penulis yang berpengalaman dalam bentuk karya kreatif, fiksyen, non-fiksyen, foto dan lakaran.

*p/s: segala concept & design kelima-lima buku tersebut di rekabentuk oleh erwina...Tahniah atas usaha gigih anda...i proud of u my friends :D Nanti kan kemunculan zine keluaran RumahPenerbitan Suarasuara..COMING SOON!!!

suarasuara_publication@yahoo.com.my

SILA DAPATKAN DI PASARAN SEKARANG!!!

1 comment:

Anonymous said...

who's this rahmat harun?