18 June 2009

Allhamdulilah NurHidayah Humaira selamat dilahirkan ke muka bumi pada 11 May 2009, pukul 4.14pm dengan berat 2.55kg. Aku bersyukur sgt2 dapat melahirkan bayi yang comel dan sihat.

Perasaan ketika melahirkan Humaira adalah suatu keajaiban dalam hidup ini. Dan aku bersyukur dapat melahirkan Humaira secara normal, dan beruntung tidak mengalami kesakitan yg amat panjang. Dan pengalaman ini tidak akan aku lupakan sampai bila2.

Kini Humaira dah cukup sebulan. Dah pandai meragam, senyum pun dh pandai comel jer :D dan suka berjaga malam, tengah malam mesti berjaga (tido kul 1 @ 2), itulah kemanisannya yer para ibubapa..ehehe. Semua tuh adalah cabaran dlm hidup, tanpa cabaran hidup takan bermakna ape2 kan!!

10 July aku akan kembali bekerja, terasa berat hati aku nak tinggalkan Humaira, tapi ape boleh buat!! Aku harus mencari rezeki untuk menampung kehidupan kami. Kehidupan dikota yg besar ini menuntut kewangan yang tinggi.

Dan perjalanan hidup ini masih jauh lagi. Ini adalah hanya suatu permulaan. Kita tidak tahu ape yang akan terjadi di masa akan dtg. Aku hanya berdoa semoga Allah melindungi keluarga kami. Amin~

Ini sedikit photo utk tatapan semua
*untuk suami tercinta terima kasih kerana menjaga kami dgn baik, walaupun penat syg sanggup tlg jaga & melayan karenah humaira (abis tuh anak ayah kan, muker pn sebijik muker ayah). Walaupun syg bukan lah pelukis yg terkenal, kami tetap syg & support, biarlah org nk kata ape ttg lukisan syg!! Manusia mmg mcm tuh, hanya pandai ckp belakang, dpn2 x berani bersuara!! Dan perjalanan hidup ini masih jauh, masih ade masa dan ruang utk memperbaiki diri sdiri..hari ini hari kau..esok hari kami pulak!! Semuanya ditangan Allah, tak perlu takut dgn kritikan manusia yg hanya pandai berkata2!!

1 comment:

Mya said...

amoi yg comey! semoga sehat selalu... aku doakan kan kau sekeluarga sihat, bahagia sampai akhir hayat..aminn.. aku setuju tu liza..wat per hidup utk takut dgn kritikan org g hanya pandai berkata2 tu...yg penting kita tau ape yg kita wat...malas nak cakap lebey2, kang aku lak emosional! kikikiki...miss amoi!